" HIMPUNAN BERSIH DARI PETIKAN MEDIA CETAK "
Perhimpunan pengacau menyusahkan rakyat
KUALA LUMPUR: Pemandu teksi di sini membantah keras satu kumpulan pengacau dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan satu perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana ia menyusahkan hidup rakyat.
Tinjauan Bernama mendapati bahawa para pemandu teksi menuntut agar Bersih membatalkan sahaja niat untuk mengadakan perhimpunan haram itu kerana ianya tidak berfaedah dan membuang masa.
Seorang pemandu teksi, Samad Ismail, 43, berkata perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam.
"Sebenarnya saya nak tanya apa faedah dan tujuan perhimpunan tersebut diadakan dan saya berpendapat perhimpunan bersih itu hanya "bersih" dalam masa beberapa minit sahaja, selepas itu akan jadi kecoh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Samad juga berkata pehimpunan itu sudah pasti akan menjejaskan pendapatan pemandu teksi di bandar raya.
Matlamat terpesong
SHAH ALAM: Berdasarkan slogan dan kenyataan dilaungkan, perhimpunan haram yang dijadual penganjuran pada 9 Julai sudah jauh terpesong dan tersasar daripada matlamat mahukan pilihan raya bersih, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, rakyat sudah mulai sedar bahawa jika hanya berkisar pilihan raya sepatutnya boleh berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun kini terbongkar sama ada perkara terpesong berhubung ideologi seperti komunis, sosialis atau gulingkan kerajaan serta hal tersirat lain.
Menurutnya, apa yang diperjuangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bukan semudah apa dikatakan Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan.
“Dengan kenyataan pemimpin parti tertentu, tangkapan pihak tertentu dengan ideologi tersendiri, gerakan daripada luar negara dikatakan bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, rakyat mula menyedari apa diperjuangkan Bersih bukan semudah apa dinyatakan Ambiga.
“Malah maklum balas diterima, ramai sudah sedar perhimpunan Bersih bukan satu perkara yang boleh dilihat ringan dan remeh sebab mungkin ada pihak lain ambil kesempatan tanpa pengetahuan penganjur pun,” katanya selepas merasmikan penutupan Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, petang semalam.
Hishammuddin menegaskan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini tanpa mengira ia anjuran Pemuda Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih atau sesiapa jua.
3,000 belia bantah Bersih
IPOH: Lebih 3,000 belia bermotosikal mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini berarak mengelilingi sekitar jalan utama di bandar raya ini tengah hari semalam, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk.
Perarakan besar-besaran membabitkan belia itu dianjurkan bertujuan menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka diadakan pada 9 Julai ini.
Perhimpunan dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri bermula jam 11.30 pagi itu menghimpunkan ribuan belia berkenaan di sebuah padang lapang berhampiran Hotel Seri Malaysia, di sini, sebelum berarak secara berkumpulan jam 12 tengah hari.
Masing-masing belia dibekalkan dengan baju T berwarna merah sambil memegang sepanduk dan kain rentang bertajuk ‘Katakan Tidak Kepada Perhimpunan Bersih 2.0, Selamatkan Malaysia’.
Bagaimanapun, cetusan kesesakan yang dilakukan belia bermotosikal itu akhirnya dapat dikawal selepas polis serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal lalu lintas, sekali gus meleraikan perarakan.
Timbalan Yang Dipertua Perkasa negeri, Norlizaizul Ismail ketika ditemui semalam berkata, perhimpunan itu adalah suara belia di negeri ini bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.
Beliau berkata, selain golongan belia, perhimpunan semalam disertai wakil beberapa NGO dan orang perseorangan.
“Perhimpunan ini untuk menunjukkan bantahan terhadap penganjuran Bersih 2.0 dan kami menganggap ia membawa kesan buruk kepada perkembangan negara.
" HIMPUNAN BERSIH DARI PETIKAN BLOGGER RAKYAT MALAYSIA "
Bersih 2011: Pencetus Dimensi Keempat
2011 hanya tinggal enam bulan. Lepas tu kita akan memasuki 2012. 2012 adalah tahun kiamat.
Aku cuba menyorot kembali beberapa peristiwa yang berlaku sejak bebarapa bulan kebelakangan ini dan kemudian menyorot kembali tentang apa yang aku tulis tahun lepas tentang 2012 tujuh bulan dulu.. Mensuspenkan.
Dikalangan orang-orang Kristian, mereka percaya 21 Disember 2012 adalah hari kiamat atau End of the World. Aku berbeza pendapat tentang definasi "Kiamat". Bagi aku "Kiamat" yang akan berlaku tahun depan ialah "End of Time" atau pun "perubahan Dimensi".
Selepas 2012, kita tidak lagi memerlukan masa, (tapi bukan dalam konteks pemikiran masa kini). Contoh:
Sekarang: "Saya memerlukan masa untuk memikirkan perkara itu." Selepas 2012, sesiapa yang bercakap macam ini akan ditinggalkan. Sebab orang yang memerlukan masa untuk berfikir adalah orang yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk membolehkan dia membuat keputusan. sekiranya dia mempunyai maklumat lengkap, dia boleh membuat keputusan pada masa itu juga.
Sekarang: "Kita memerlukan kajian sebelum membuat sesuatu dasar." Selepas 2012, siapa yang bercakap macam ini, akan ketinggalan kerana dia gagal mendahului masa.
Tapi jangan pula ingat semuanya akan sempurna sebaik saja kita melepasi 21 Disember 2012, kerana kesempurnaan itu mengambil masa selama 16 tahun sebelum ia mencapai tahap kesempurnaan. 16 tahun masa yang dikenali sebagai Transisi.
Itu yang aku tulis dalam siri 2012.
Dalam 2012: Zaman Baru…aku tulis bagaimana ugama tidak lagi penting. Ugama hanya label tetapi yang penting ialah nilai dalam ugama tersebut. Aku tak peduli sama ada hang Islam ka, Hindu ka, Kristian ka…mampuih pi la. Itu hanya label. Memang la ada ramai yang marah terutama member-member dari Pas. Cyberboron sampai datang kerumah aku untuk berdebat.
Bila aku tulis, aku tak tau apa yang akan berlaku dimasa depan. Tapi apa yang berlaku dalam masa tujuh bulan lalu, meyakinkan aku bahawa perubahan Dimensi itu semakin dirasakan.
Semasa aku tulis, aku tidak pernah menyangka Haji Hadi akan menggugurkan "Negara Islam" dari manifesto Pas.Tapi bila Haji Hadi kata "Negara Islam hanya label..yang penting ialah pelaksanaan dan penghayatan, bagi aku itu satu titik permulaan perubahan dimensi. Yang penting ialah nilai..bukan label.
Sekarang ini pun, orang sudah mula menolak label. Kalau diikutkan label, Zulkifli Noordin merupakan seorang pejuang Islam sejati. Itu yang dia cakap. Tapi sapa yang percaya cakap dia?
Berapa ramai pemimpin Islam di Malaysia? Tapi berapa ramai yang melaksana dan menghayati nilai-nilai Islam? Kalau iktu Raja Petra, dia percaya cuma ada dua orang yang menghayati nilai Islam. Lim Guan Eng dan Nik Aziz.
Would the opposition allow amar makruf, nahi munkar if it becomes the federal government? Maybe if Lim Guan Eng or Nik Aziz Nik Mat becomes the Prime Minister they would but I am not sure about the rest of the Pakatan Rakyat leaders.
Gila ka? Lim Guan Eng bukan Islam…macam mana dia nak laksanakan nilai-nilai Islam?
Label tidak penting. Yang penting ialah pelaksanaan nilai. Dan ini sudah mula di teroka oleh Pas dan DAP.
Perubahan Dimensi akan berlaku apabila manusia sudah tidak menghiraukan apa ugama sesorang itu, tetapi apakah nilai keperibadian seseorang itu. Cyberboron marah kat aku bila aku cakap macam tu, tapi aku bagi dia satu contoh.."kalau".
Macam mana kalau satu hari, berlaku pergaduhan diantara Ahmad dan Ali. Ahmad kata dia berjuang kerana Islam, dan Ali pula berkata dia mempertahankan Islam. Mereka bergaduh pasai nak mempertahankan Islam. Ahmad hampir-hampir terbunuh..tapi diselamatkan oleh Ah Chong.
Apa yang akan berlaku? Aku takut nanti Ahmad akan berkata " Nasib baik hang ada Chong..kalau tidak aku mati dah." Siapa yang menyelamatkan Ahmad? Tuhan atau Ah Chong? Apakah hukumnya kalau Ahmad berkata macam tu?
Tak sampai sebulan lagi, kita ada pesta jalanraya. Setakat ini ada tiga figure yang menonjol. Mat Sabu, Ambiga dan Ibrahim Ali. Kemudian, Khairy Jamaludin pun nak join sama. Ini satu perkembangan yang menarik…kerana aku rasa ia akan mencetuskan satu dimensi baru.
Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Khairy Jamaludin? Hangpa nak tolong sapa? Tengok saja ka? Mampuih pi la kat depa?
Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Mat Sabu? Hangpa nak diam ka? Team Khairy nak tengok saja ka?
Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Ambiga? Hangpa nak kata…biaq pi la. Dia bukan Islam. Hangpa nak kata macam tu?
Hey!!! Berahim Ali adalah Pejuang Melayu. Dia juga sanggup mati kerana Islam. Dia juga sanggup mati untuk mempertahankan bangsa dan negara…pasai apa hangpa nak lawan dia? Kan dia juga Melayu, kalau dia katok Ambiga…pasai apa hangpa nak tolong Ambiga? Biaq pi la.!!
Ini ujian pertama sebelum kita melangkah ke 2012. Siapa yang mahu tinggal dalam kepompong dimensi Ketiga, yang bangga dengan label…inilah masanya..
Kalau kita mahu melangkah ke dimensi Keempat dimana kita mampu menjadi manusia yang lebih baik, tanpa menilai seseorang menerusi label bangsa, ugama dan warna kulit… ini juga masa nya.
Kalau Berahim Ali nak katok kepala Khairy Jamaludin, aku akan tolong Khairy. Walaupun dia orang Umno sebab nilai yang dipegangnya lebih baik dari Berahim Ali.
Kalau Berahim Ali katok kepala Ambiga, aku akan tolong Ambiga, walaupun dia bukan Islam. Sebab aku rasa Ambiga lebih mulia dari Berahim Ali.
Kalau Berahim Ali katok kepala Mat Sabu ?……….
Apa pun….apa saja yang akan berlaku…aku rasa orang akan tolak BN dulu. Sebab membiarkan perkara-perkara diatas berlaku.
23 Comments
oghang kampong pun buleh paham…
budak lagi buleh paham ….
‘semua kita bermula dari Adam’
Adam dijadikan dari tanah
semua manusia adalah sama
kecuali mereka yang bertaqwa …
umat islam itu bersaudara..
bagaikan sebuah bangunan…
saling kukuh mengukuhkan ..
‘ulama’ pun hanyut bersama indahnye dunia …
‘oghang awam’ … !?
‘ulama’ memasang perangkap …
‘penentu kebenaran, tapi masalahnye “atas dari hukum kebenaran (anggap sentiasa betul dan berseh)”
tambah tambah kalu depan oghang
kalu siap skrip, teman setuju
nasib baik komputer mudah ganti ayat…
kalu guna keghotaih … bekajang kajang (berim rim)dah ..
hahahah. saya jd batu api? hahahaha. arem, rasa macam diri jahat sungguh. hahaha. ok boleh, buat sempena gathering raya msia times la.
mike tak suka anwar satu hal
itu politik punya hal…
jangan jadi penyebar fitnah … ikut betoi betoi perbicaraan kes …
bab video … juga, mika jangan cakap ikut sedap ….
jangan jadi penyebar fitnah … ikut betoi betoi rentetan kesah …
gua cakap ikhlas apa yang gua percaya berdasarkan fakta. Gua bukan budak dadah. Gua sekolah tinggi bro.
Bro, gua kasi Lu tiga hal/fakta utk lu selesaikan mungkin gua salah.
2. Lu tolong eksplain mcmana ayaq mani anwar boleh ada dalam punkoq saiful ?
3. Gua kata anwar
ini bukan soal sekolah tinggi-rendah …
pastu bila doktor dah ‘penin’ – maka timbul tiori guna pelincir/jelly … “itu sebab tak ade kesan pongkoq kena tibai” …
Gua respek Lu orang punya respond.jd gua kena ambik masa utk jawab. Gua bagi tiga hal modus dan newborn otai bagi gua balik 10 hal. gua mesti jawab dgn bertanggungjawab berdasarkan fakta, bebas dari fitnah. Inshallah.
Gua mungkin betul mungkin salah.
HIMPUNAN "BERSIH II" 9 JULAI 2011 !!!!!
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.
"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.
Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.
Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih 2.0 sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.
"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.
Turut serta pada sidang media itu, Ajk Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.
Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.
Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya. - HD
Note: Allahu Akhbar...!!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
1 comments:
Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011