Monday 4 July 2011

Aper Kejadahnyer BERSIH ni ?

KATAKAN TIDAK PADA " WALK FOR DEMOCRACY "


Ramai orang kata ini hak individu untuk bersuara demi kepentingan dan hak sebagai rakyat yang hidup di dunia ini..... Apapun Gunakanlah Hak Sebetolnyer... Diperpolitikkan dengan agenda dari pihak2 yangmendominasikan kuasa dan kepentingan mereka dan diolahkan dengan kata2... membangkang memang senang DERRRR... Cuba laa arrange negara ni dari dulu2... Nak menyatukan PELBAGAI KAUM... Jangan terlalu berbangga dengan PERKATAAN MELAYU HAK sebenar MALAYSIA.... Jika ANDA bukan MELAYU... APA yang anda MAHU.... NAK KAN HAK BUKAN... SO...INGAT2 LAH ORANG MELAYU.... KEPENTINGAN DAH DIBERI SERBA SEDIKIT..... NAK KAN LEBIH LAGI.... Bukankah Itu TAK BERSYUKUR NAMANYER... DAH BAGI MUDAH....NAK LAGI MUDAH BROOOOO... DAH BAGI SUBSIDI.... NAK TAMBAH LAGI.... PERGI LAA NEGARA LAIN.... MALAYSIA sangat BERBEZA .... RAKYAT diberi macam2... Diaorang KUMPOL DUIT nak BELAJAR.... KITA TAK PAYAH SUSAH2.... DANA dah ADA... PASTU TAK BAYAR PLAK kannnnn.... DAH BLACKLIST cakap itu ini...tentang itu ini...BAB KEAGAMAAN PLAK..... ONE MALAYSIA kita ni.... NAK KAN MELAYU JER LEBIH.... Waaaa.... UNTUNGNYERRR.... TAK FIKIR PLAK PERASAAN KAUM LAIN.... DIA ORANG NGUMPAT KITER FAHAM kerrr........... TAHU haaa...yerrr....Okay2... Pandai2lah Bersyukur dengan apa yang ada pada kita sekarang... Jika tiada yang dulu.... tiada yang kini... Bukan aku kata UMNO selamanyer yang TERBAIK... Tapi AKU bersyukur HIDUP di MALAYSIA yang aman damai... FIKIRKAN KEAMANAN... JANGAN SAMPAI kiter duduk bawah MEJA dok ikot KAUM LAIN yang handle semuanyer... EKONOMI confirm2 bukan kiter pegang... SO.... BERSYUKUR laaa ORANG KAUM DIA join kitenyer HALUAN... kalau dah BETERABUR.... EKONOMI segalanyer sekarang... BUKAN DUIT TERLALU PENTING... TAPI TAK DER DUIT TAK BLEH WAT PER SEKARANG.... REZEKI Perlu mencari... REZEKI Dok kat MALAYSIA ni haaa... DAH MELIMPAH.... SAMPAI tak puas HATI... NAK REJEKI LEBIH... belajar tak diutamakan... nak BERSUARA jer Utamakan... Belajar tu besar broooo IMPAK diaaa... segalanyer BELAJAR.... TAKKAN KITA NAK Belajar Lagi NAK MAJUKAN SEMULA EKONOMI sekarang SEBAB dah HANCUR dengan SIKAP TAK PUAS HATIeeeee....NAK ITU INI....NAK LEBIH....NAK HAK......NAK PER LAGI.....ANAK MUDER PANDAI BERSUARA sekarang...PERIT PUNAH DULU2...BUKAN rasa pon kan.... SO....Waaaaa BOLEH fikir semua ni... Lu orang FIKIR laaa... ahahahah...KATA HAK INDIVIDU nak BERSUARA kan... kah3.... aperpon... REALITY HIDUP KINI DAH SEMAKIN PINCANG DENGAN AGENDA KUASA DALAM POLITIK DAN EKONOMI.... ader duit..SEMUA BOLEH JALAN.... hu2... TAK DER DUIT... dok follow aper2 jer... JADI FOLLOW laaa yang anda kata OKAY... INGAT YANG DULU X SALAH.... KERANA YANG DULU ADA SEKARANG NI haaaaa.... (^_^) Peace.... NO WAR... KATAKAN TIDAK PADA BERSIH ........


" HIMPUNAN BERSIH DARI PETIKAN MEDIA CETAK "


Perhimpunan pengacau menyusahkan rakyat


KUALA LUMPUR: Pemandu teksi di sini membantah keras satu kumpulan pengacau dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan satu perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana ia menyusahkan hidup rakyat.
Tinjauan Bernama mendapati bahawa para pemandu teksi menuntut agar Bersih membatalkan sahaja niat untuk mengadakan perhimpunan haram itu kerana ianya tidak berfaedah dan membuang masa.

Seorang pemandu teksi, Samad Ismail, 43, berkata perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam.
"Sebenarnya saya nak tanya apa faedah dan tujuan perhimpunan tersebut diadakan dan saya berpendapat perhimpunan bersih itu hanya "bersih" dalam masa beberapa minit sahaja, selepas itu akan jadi kecoh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Samad juga berkata pehimpunan itu sudah pasti akan menjejaskan pendapatan pemandu teksi di bandar raya.



Matlamat terpesong


SHAH ALAM: Berdasarkan slogan dan kenyataan dilaungkan, perhimpunan haram yang dijadual penganjuran pada 9 Julai sudah jauh terpesong dan tersasar daripada matlamat mahukan pilihan raya bersih, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, rakyat sudah mulai sedar bahawa jika hanya berkisar pilihan raya sepatutnya boleh berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun kini terbongkar sama ada perkara terpesong berhubung ideologi seperti komunis, sosialis atau gulingkan kerajaan serta hal tersirat lain.

Menurutnya, apa yang diperjuangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bukan semudah apa dikatakan Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan.
“Dengan kenyataan pemimpin parti tertentu, tangkapan pihak tertentu dengan ideologi tersendiri, gerakan daripada luar negara dikatakan bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, rakyat mula menyedari apa diperjuangkan Bersih bukan semudah apa dinyatakan Ambiga.

“Malah maklum balas diterima, ramai sudah sedar perhimpunan Bersih bukan satu perkara yang boleh dilihat ringan dan remeh sebab mungkin ada pihak lain ambil kesempatan tanpa pengetahuan penganjur pun,” katanya selepas merasmikan penutupan Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, petang semalam.

Hishammuddin menegaskan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini tanpa mengira ia anjuran Pemuda Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih atau sesiapa jua.


3,000 belia bantah Bersih


IPOH: Lebih 3,000 belia bermotosikal mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini berarak mengelilingi sekitar jalan utama di bandar raya ini tengah hari semalam, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk.
Perarakan besar-besaran membabitkan belia itu dianjurkan bertujuan menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka diadakan pada 9 Julai ini.

Perhimpunan dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri bermula jam 11.30 pagi itu menghimpunkan ribuan belia berkenaan di sebuah padang lapang berhampiran Hotel Seri Malaysia, di sini, sebelum berarak secara berkumpulan jam 12 tengah hari.
Masing-masing belia dibekalkan dengan baju T berwarna merah sambil memegang sepanduk dan kain rentang bertajuk ‘Katakan Tidak Kepada Perhimpunan Bersih 2.0, Selamatkan Malaysia’.

Bagaimanapun, cetusan kesesakan yang dilakukan belia bermotosikal itu akhirnya dapat dikawal selepas polis serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal lalu lintas, sekali gus meleraikan perarakan.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa negeri, Norlizaizul Ismail ketika ditemui semalam berkata, perhimpunan itu adalah suara belia di negeri ini bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.
Beliau berkata, selain golongan belia, perhimpunan semalam disertai wakil beberapa NGO dan orang perseorangan.

“Perhimpunan ini untuk menunjukkan bantahan terhadap penganjuran Bersih 2.0 dan kami menganggap ia membawa kesan buruk kepada perkembangan negara.


" HIMPUNAN BERSIH DARI PETIKAN BLOGGER RAKYAT MALAYSIA "


Bersih 2011: Pencetus Dimensi Keempat


2011 hanya tinggal enam bulan. Lepas tu kita akan memasuki 2012. 2012 adalah tahun kiamat.
 Aku cuba menyorot kembali beberapa peristiwa yang berlaku sejak bebarapa bulan kebelakangan ini dan kemudian menyorot kembali tentang apa yang aku tulis tahun lepas tentang 2012 tujuh bulan dulu.. Mensuspenkan.
Dikalangan orang-orang Kristian, mereka percaya 21 Disember 2012 adalah hari kiamat atau End of the World. Aku berbeza pendapat tentang definasi "Kiamat". Bagi aku "Kiamat" yang akan berlaku tahun depan ialah "End of Time" atau pun "perubahan Dimensi".
Selepas 2012, kita tidak lagi memerlukan masa, (tapi bukan dalam konteks pemikiran masa kini). Contoh:
Sekarang: "Saya memerlukan masa untuk memikirkan perkara itu." Selepas 2012, sesiapa yang bercakap macam ini akan ditinggalkan. Sebab orang yang memerlukan masa untuk berfikir adalah orang yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk membolehkan dia membuat keputusan. sekiranya dia mempunyai maklumat lengkap, dia boleh membuat keputusan pada masa itu juga.
Sekarang: "Kita memerlukan kajian sebelum membuat sesuatu dasar." Selepas 2012, siapa yang bercakap macam ini, akan ketinggalan kerana dia gagal mendahului masa.
Tapi jangan pula ingat semuanya akan sempurna sebaik saja kita melepasi 21 Disember 2012, kerana kesempurnaan itu mengambil masa selama 16 tahun sebelum ia mencapai tahap kesempurnaan. 16 tahun masa yang dikenali sebagai Transisi.
Itu yang aku tulis dalam siri 2012.
Dalam 2012: Zaman Baru…aku tulis bagaimana ugama tidak lagi penting. Ugama hanya label tetapi yang penting ialah nilai dalam ugama tersebut. Aku tak peduli sama ada hang Islam ka, Hindu ka, Kristian ka…mampuih pi la. Itu hanya label. Memang la ada ramai yang marah terutama member-member dari Pas. Cyberboron sampai datang kerumah aku untuk berdebat.
Bila aku tulis, aku tak tau apa yang akan berlaku dimasa depan. Tapi apa yang berlaku dalam masa tujuh bulan lalu, meyakinkan aku bahawa perubahan Dimensi itu semakin dirasakan.
Semasa aku tulis, aku tidak pernah menyangka Haji Hadi akan menggugurkan "Negara Islam" dari manifesto Pas.Tapi bila Haji Hadi kata "Negara Islam hanya label..yang penting ialah pelaksanaan dan penghayatan, bagi aku itu satu titik permulaan perubahan dimensi. Yang penting ialah nilai..bukan label.
Sekarang ini pun, orang sudah mula menolak label. Kalau diikutkan label, Zulkifli Noordin merupakan seorang pejuang Islam sejati. Itu yang dia cakap. Tapi sapa yang percaya cakap dia?
Berapa ramai pemimpin Islam di Malaysia? Tapi berapa ramai yang melaksana dan menghayati nilai-nilai Islam? Kalau iktu Raja Petra, dia percaya cuma ada dua orang yang menghayati nilai Islam. Lim Guan Eng dan Nik Aziz.
Would the opposition allow amar makruf, nahi munkar if it becomes the federal government? Maybe if Lim Guan Eng or Nik Aziz Nik Mat becomes the Prime Minister they would but I am not sure about the rest of the Pakatan Rakyat leaders.
Gila ka? Lim Guan Eng bukan Islam…macam mana dia nak laksanakan nilai-nilai Islam?
Label tidak penting. Yang penting ialah pelaksanaan nilai. Dan ini sudah mula di teroka oleh Pas dan DAP.
Perubahan Dimensi akan berlaku apabila manusia sudah tidak menghiraukan apa ugama sesorang itu, tetapi apakah nilai keperibadian seseorang itu. Cyberboron marah kat aku bila aku cakap macam tu, tapi aku bagi dia satu contoh.."kalau".
Macam mana kalau satu hari, berlaku pergaduhan diantara Ahmad dan Ali. Ahmad kata dia berjuang kerana Islam, dan Ali pula berkata dia mempertahankan Islam. Mereka bergaduh pasai nak mempertahankan Islam.  Ahmad hampir-hampir terbunuh..tapi diselamatkan oleh Ah Chong.
Apa yang akan berlaku? Aku takut nanti Ahmad akan berkata " Nasib baik hang ada Chong..kalau tidak aku mati dah." Siapa yang menyelamatkan Ahmad? Tuhan atau Ah Chong? Apakah hukumnya kalau Ahmad berkata macam tu?
 Tak sampai sebulan lagi, kita ada pesta jalanraya. Setakat ini ada tiga figure yang menonjol. Mat Sabu, Ambiga dan Ibrahim Ali. Kemudian, Khairy Jamaludin pun nak join sama. Ini satu perkembangan yang menarik…kerana aku rasa ia akan mencetuskan satu dimensi baru.
Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Khairy Jamaludin? Hangpa nak tolong sapa? Tengok saja ka? Mampuih pi la kat depa?
Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Mat Sabu? Hangpa nak diam ka? Team Khairy nak tengok saja ka?
Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Ambiga? Hangpa nak kata…biaq pi la. Dia bukan Islam. Hangpa nak kata macam tu?
 Hey!!! Berahim Ali adalah Pejuang Melayu. Dia juga sanggup mati kerana Islam. Dia juga sanggup mati untuk mempertahankan bangsa dan negara…pasai apa hangpa nak lawan dia? Kan dia juga Melayu, kalau dia katok Ambiga…pasai apa hangpa nak tolong Ambiga? Biaq pi  la.!!
Ini ujian pertama sebelum kita melangkah ke 2012. Siapa yang mahu tinggal dalam kepompong dimensi Ketiga, yang bangga dengan label…inilah masanya..
Kalau kita mahu melangkah ke dimensi Keempat dimana kita mampu menjadi manusia yang lebih baik, tanpa menilai seseorang menerusi label bangsa, ugama dan warna kulit… ini juga masa nya.
Kalau Berahim Ali nak katok kepala Khairy Jamaludin, aku akan tolong Khairy. Walaupun dia orang Umno sebab nilai yang dipegangnya lebih baik dari Berahim Ali.
Kalau Berahim Ali katok kepala Ambiga, aku akan tolong Ambiga, walaupun dia bukan Islam. Sebab aku rasa Ambiga lebih mulia dari Berahim Ali.
Kalau Berahim Ali katok kepala Mat Sabu ?……….
Apa pun….apa saja yang akan berlaku…aku rasa orang akan tolak BN dulu. Sebab membiarkan perkara-perkara diatas berlaku.

23 Comments


  • Jebat Melaka
    Terbaeek Bg Mat….

  • newborn-otai
    bravo bro msk
    satu kupasan … ringkas
    oghang kampong pun buleh paham…
    budak lagi buleh paham ….
    cuma …. otak ‘karat’ ajee yang tak mau paham …tak kigha belah mane … sini ke-sinun keeee…
    ate, beghape ghamei yang ‘bekaghat’……!?

  • Itu dimensi keempat. Apa peduli label ka? Nilai ka? Apa ka nama ka? Tapiii,… dimensi ke enam, tuan kena belajar lagi tuan MSK…..
    Nak jawab depan Malaikat, dia peduli apa kita gadoh pegang nilai ka? Pegang label ka? Yang dia tanya, ape kome buat dgn Al-Quran yg Allah beri? Apa kome buat dgn Nabi yg Allah hadiahkan?….
    Wooo,…. takut tuan,….. cakap sini memang seronok nak sebut apa sahaja,….. tapi,…. dimensi lepas mampuih,… mampuih kita…..
    Saja nasihat,…. sebab sayang kat deme….

    • matsamankati
      Aku tengah belajar Dimensi kelima dulu…lepas tu baru masuk Dimensi keenam. Dalam Syurga nanti kita nak buat apa? Boleh ka aku berblog…atau sembahyang saja? Dan kemudian berseronok dengan bidadari?

      • Jangan kata berblog, bergoblog pun boley maaa…..
        Gini la senang cite, jika kat dunia ni, tuan MSK terlampau suka sangat dgn buat blog dgn buat analisa politik, nanti kat sana nanti tuan akan dapat nikmati perkara yg sama dgn bertrilion-trilion lagi kesukaan itu dpt dinikmati…..
        Ada understand? ni cerite dimensi kelapan nih…..:)

  • chor
    Aku pernah tanya individu perihal kepentingan Al-Fatihah dalam setiap rakaat sembahyang. Dia jawab “Al-Fatihah wajib kerana tanpa Al-Fatihah sembahyang jadi tak sah”.
    Hmm… patutlah perangai busuk hati, dengki khianat ada walaupun individu tersebut rajin sembahyang.

  • newborn-otai
    nilai yang mudah pun, ‘sudah hanyut’ …
    ‘semua kita bermula dari Adam’
    Adam dijadikan dari tanah
    semua manusia adalah sama
    kecuali mereka yang bertaqwa …
    nilai berikutnye …
    umat islam itu bersaudara..
    bagaikan sebuah bangunan…
    saling kukuh mengukuhkan ..
    mereka sayangkan saudara mereka lebeh dari diri mereka sendiri….
    itu baru nilai ….
    ‘ulama’ pun hanyut bersama indahnye dunia …
    ‘oghang awam’ … !?
    islam itu lengkap…
    ‘ulama’ memasang perangkap …
    ‘penentu kebenaran, tapi masalahnye “atas dari hukum kebenaran (anggap sentiasa betul dan berseh)”
    ate …. akhirnye !?

  • cyberboron
    Bila pulak yang aku pi rumah hang nak berdebat pasai nilai agama Abg Mat oi!
    Aku pi sauk hari tu pasai polifiksyen “berubah dimensi”. Ingat kut betui2 hang dok dengaq bunyi suara macam2 tu. Pasai tu la aku bawak botoi nak tangkap jembalang yang kacau hang tu. Ropanya aku yang masuk dalam botoi.
    Sebut pasai dimensi, aku dah bersiap nak ke dimensi kelima mengikut matematik aku sendiri. Lantak pi la hangpa nak kata apa pun.
    Abg Mat … aku teringin juga nak berdebat dengan hang pasai dimensi ni. Research yang aku buat menunjukkan manusia hanya akan jumpa jalan keluar dari kecamuk dunia ini apabila mereka dapat membawa diri ke dimensi kelima DAN kemudian bergerak ke dimensi KOSONG.
    Sebabnya … kesempurnaan dan kekuatan hanya ada di dimensi KOSONG tu. Yang paling kuat ialah KOSONG. Yang paling sempurna ialah KOSONG. Yang paling kaya ialah KOSONG.
    Tak akan ada satu kalau tak ada kosong. Begitulah seterusnya, tak akan ada dua, tiga, empat, lima, enam dan semua angka/bilangan kalau tak ada kosong.
    (jangan la hang suruh aku pi Tampoi pulak!)
    Seumur hidup aku tak pernah ada peluang berceramah @ bercakap di majlis DAP. Apa kata DAP cawangan Sauk jadi penganjur debat MSK – Cyberboron. Tajuknya ikut suka hang la. Tapi berkait dengan dimensi. Chor jadi moderator. Newborn-otai & Prior of Jenin jadi batu api (mencelah-celah dengan soalan2 maut). Penontonnya, semua manusia dimensi ketiga. Amacam?

    • matsamankati
      Canteeeekkk ustaz.
      Tapi aku takut nanti kita betiga saja yang cakap pung-pang….orang lain dok nganga. Lepaih tu depa tanya pulak….” hangpa dok cakap pasai apa?”
      Hang tulih dulu la. Bila dah ada empat lima kerat yang boleh bersembang…kita buat diskusi. Bila dah ramai, dalam puluh orang, mesti ada percanggahan…lepas tu baru kita buka debat.

      • chor
        Yang pasti, MSK berjaya menarik cyberboron timbul ke permukaan.

    • matsamankati
      Aku cukup tertarik Ustaz, aku baru nak masuk dimensi 4, hang dah sampai dimensi 5.
      Kita bermula dari 0 dan berakhir dengan 9…atau bermula dengan 1 dan berakhir dengan 0?
      Aku percaya kita bermula dengan 1 dan berakhir dengan 0. Kalau kata kesempurnaan itu hanya ada di dimensi KOSONG, aku setuju. Tapi perlu melalui 1-9 dulu, lepas tu baru kosong.
      Masa tu kita akan berada di “Syurga”. Kat mana ‘syurga”? Aku kata kat “centre of Universe.” ha.ha. Nak sambung?

    • newborn-otai
      kalu ‘on the spot’ teman kaku
      tambah tambah kalu depan oghang
      kalu siap skrip, teman setuju
      teman buleh nuleh, ni pun, jenuh ‘nyusun ayat’
      nasib baik komputer mudah ganti ayat…
      kalu guna keghotaih … bekajang kajang (berim rim)dah ..
      ate … bebeno ke ‘mengkome’ ni….

  • prioryofjenin
    bro…
    hahahah. saya jd batu api? hahahaha. arem, rasa macam diri jahat sungguh. hahaha. ok boleh, buat sempena gathering raya msia times la.

  • Modus
    Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut diberi peluang memberikan ucapan malam tadi berkata, beliau melihat Ambiga sebagai “hebat” apabila berjaya menggerakkan Himpunan Bersih 2.0.
    “Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Himpunan Bersih 2.0 adalah rancangan PAS, ada yang kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mendalangi perhimpunan ini.
    “Saya nak tekankan di sini bahawa semua itu dusta. Perhimpunan ini dirancang kerana kehebatan batang tubuh Datuk Ambiga dan beliau hebat apabila menendang keluar parti-parti politik daripada berada dalam Bersih,” katanya.
    …. Anwar ooo Anwar …. besar sungguh kemaluan hang nooo….

  • Ha ha ha
    dimensi infinity..bila kita dah mati ..he he he.

  • John Abdul
    Salam Bro Mat,gua pun minta izin join chit chat politik kat sini. Gua declare gua pro perubahan “amar makruf nahi mungkar”
    Gua nak bagi pandangan gua yang berani untuk kata anwar berahim dah tak relevan lagi memimpin perubahan.Anwar ni asal umno balik umno. Nampak gila kuasa sehingga sanggup menipu.16 sept tipu, pemilihan pkr tipu. Isu pejabat PKR belum tahu lagi.
    Gua pun hairan, bukan sedikit doa dan sembahyang hajat umat islam untuk Anwar Ibrahim tapi tuhan selalu tidak bersama dia.Fakta yg orang mungkin terlupa kekuatan dalam kes liwat ada bukti ada air mani (lelaki Y=Anwar mengikut keterangan yg ditolak) dijumpai dalam pungkoq saiful.Mana boleh konspirasi curi air mani orang.
    isu moral dia bukan makin surut beb! makin bertambah.Lagi parah ada video sex pulak. Pada gua SK memang jahat dan kerja atur orang konkek mesti orang jahat je yang buat. Tapi apa gua peduli! yg penting dia bawa bukti video.
    gua dah mula sangsi la mamat ni. Dulu pun masa Umno bukan lah dia baik sangat.
    Gua dah ragu habis dengan mamat ni nak pimpin perubahan. Gua takut ini syaitan yang bertopeng manusia. Lagak alim habis,..ayat quran hadis dimulut tapi belakang main depan pun main..

    • newborn-otai
      john abdul
      mike tak suka anwar satu hal
      itu politik punya hal…
      tapi, bab liwat … mika jangan cakap ikut sedap …
      jangan jadi penyebar fitnah … ikut betoi betoi perbicaraan kes …
      bab video … juga, mika jangan cakap ikut sedap ….
      jangan jadi penyebar fitnah … ikut betoi betoi rentetan kesah …
      teman bukan penyokong Anwar … tapi bila cakap ikut sedap … bahaya…
      ‘amar makruf nahi mungkar’ … kena betoi kaedahnye … bukan buleh ikut sedap ghase ajeeeee ….

  • John Abdul
    Bro,
    gua cakap ikhlas apa yang gua percaya berdasarkan fakta. Gua bukan budak dadah. Gua sekolah tinggi bro.
    Bro, gua kasi Lu tiga hal/fakta utk lu selesaikan mungkin gua salah.
    1. Gua tengok mamat dalam video, mata hati nurani gua percaya itu anwar.Tolong eksplain bagitau gua kenapa mamat tu bukan anwar? Janganla lu bagitau gua sbb anwar nafi itu bukan dia..
    2. Lu tolong eksplain mcmana ayaq mani anwar boleh ada dalam punkoq saiful ?
    3. Gua kata anwar

    • Modus
      soalan no 1: Anwar hadir di mmahkamah keesokan harinya dari kejadian video seks tu. Jika dalam video tu hero dia (Anwar?) tak ada janggut, masa di mahkamah tu janggut Anwar dah macam sebulan tak cukur.
      Macamana kau nak explain hal ni? Aku pun nak tau jugak macamana janggut Anwar boleh jadi macamtu dalam 24 jam.
      soalan2 lain tak perlu nak layan melainkan kau boleh bagi jawapan untuk soalan janggut Anwar tu.

    • newborn-otai
      john abdul
      ini bukan soal sekolah tinggi-rendah …
      apek tak sekolah pun boleh pening mikionye …
      macam mane boleh jadi, tak ade kesan kena tibai, kat pongkoq dan saluran pongkoq.. (doktor pusrawi sahkan dan doktor HKL pun sahkan – semak elok elok, semula kes mahkamah) …
      pastu bila doktor dah ‘penin’ – maka timbul tiori guna pelincir/jelly … “itu sebab tak ade kesan pongkoq kena tibai” …
      tiba tiba kate kena liwat dan ada air mani … ramai pulak tu , bukan takat lelaki Y, ada, tak silap teman, 8 ke, sepuluh ke, termasuk air mani saifol sendiri … mika baca le balik laporan mahkamah … tapi yang diutamakan hanya lelaki Y sahaja … yang lain lain tu tak masuk siasatan, kerana saifol hanya report lelaki Y ….
      pastu, laporan ditulis oleh jude(pegawai penyiasat) dan pakar kimia …. ade ke pegawai penyiasat tolong tulis laporan kimia ….?
      mika baca semula laporan mahkamah … pastu mika jelaskan melalui blog ni, buat satu ‘statement’ lengkap semua yang menjadi persoalan … !
      ate buleh ke …. atau mika saja nak ….. !?
  • John Abdul
    Modus Dan newborn otai,
    Gua respek Lu orang punya respond.jd gua kena ambik masa utk jawab. Gua bagi tiga hal modus dan newborn otai bagi gua balik 10 hal. gua mesti jawab dgn bertanggungjawab berdasarkan fakta, bebas dari fitnah. Inshallah.
    Gua mungkin betul mungkin salah.

    HIMPUNAN "BERSIH II" 9 JULAI 2011 !!!!!

    بسم الله الرحمن الرحيم


    KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan Bersih 2.0 seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.


    Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.


    "Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.


    "Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.


    Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.


    Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih 2.0 sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.


    "Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.


    Turut serta pada sidang media itu, Ajk Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.


    Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.


    Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya. - HD


    Note: Allahu Akhbar...!!!!


    Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

    1 comments:



    AMMAR YASIR said...
    Harap-harap boleh pergi lah..best kena pemedih mata masa bersih pertama dulu

    Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011


    Salam, fuhh hangat betul sekarang dengan isu Bersih 2.0 nie, sana sini semua duk cakap pasal bersih, mula-mula blur dan tak tahu tentang apa itu bersih 2.0? ingatkan ops bersihkan tangki air (gurau) -..- rupanya pasal operasi Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011, yang dirancang akan diadakan pada 9 julai depan.
    bersih
    Gambar : Malaysiakini.com
    Baru tahu tentang isu bersih nie minggu ini, serius ketinggalan betul, HAHAHAHA. Maklumlah kurang amik tahu pasal politik-politik nie, tau-tau orang nak buat perhimpunan bersih dah -,.-
    Tetapi bila research dibuat berkenaan Isu Bersih ini, risau jugak kalau betul-betul berlaku Perhimpunan Bersih, mungkin ramai yang tidak setuju dengan pendapat aku ini, tapi cuba kita pandang kehadapan, apa akan berlaku semasa hari tersebut? macam-macam perkara boleh terjadi, mungkin juga ada nyawa yang akan terancam mahupun terkorban kerana yang pastinya akan ada ketegangan yang timbul semasa perhimpunan tersebut.
    haishhh korang yang waras tu, plizzzlah jangan join Perhimpunan Bersih 2.0 nie, duduk diam-diam kat rumah sudah, ada cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati, tetapi bukan dengan cara ini, jangan terpengaruh dengan kata-kata orang lain, berfikir dengan minda terbuka. – sekadar pendapat
    “Pemimpin patut tahu dan sedar bahawa mereka tidak sepatutnya menghasut orang ramai menyertai perhimpunan seperti ini. Apa jua perhimpunan, kalau diadakan di jalanan, bukanlah suatu yang baik.” Malaysiakini.com
    - Jangan basuh baju, nanti bersih *gurau* -.,-











No comments:

Post a Comment